Soalan Lazim
PakYa ialah pembantu perancangan percutian berteknologi AI yang dibina khas untuk membantu anda menyusun itinerari ke Perlis secara automatik, pantas, dan mengikut laluan zon lokasi yang efisien.
Ya, 100% percuma! Anda tidak perlu mendaftar atau membuat sebarang akaun untuk mula merancang percutian bersama PakYa.
PakYa dirancang dengan logik tempatan Perlis. PakYa akan menyusun aktiviti berdasarkan:
— Kumpulan Percutian: Warga emas & kanak-kanak (laluan berturap & kurang berjalan jauh) atau belia/youth (aktiviti fizikal, hiking, & OOTD).
— Zon & Laluan: Menghimpunkan tempat menarik dalam zon yang berdekatan bagi mengelakkan anda membazir masa berulang-alik.
— Hari & Waktu Operasi: Mengelakkan cadangan tempat yang tutup pada hari tertentu (contoh: hari cuti peniaga Isnin/Selasa).
Boleh sangat! Jika anda nak tukar port makan, tambah hari, atau ubah aktiviti, cuma taip terus di ruangan chat PakYa. Contohnya: “PakYa, tukar tempat makan tengah hari ke port lauk kampung.”
PakYa menggunakan pangkalan data lokasi Perlis yang telah disemak. Walau bagaimanapun, waktu operasi kedai makan atau tarikan tempatan boleh berubah mengikut musim atau cuti umum. Anda disyorkan membuat semakan ringkas di carian/laman sosial premis sebelum memulakan perjalanan.
Untuk baca artikel penuh, panduan bergambar, dan penyenaraian (listing) tempat makan di Perlis, anda boleh terus melayari portal utama kami di Jelajah Perlis.